MENU
  1. Home
  2. Notices
  3. Kenyataan Privasi

TOYOTA TSUSHO (MALAYSIA) SDN BHD

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

  1. Pengenalan
  2. Notis Perlindungan Data Peribadi ini ("Notis") menerangkan bagaimana Toyota Tsusho (Malaysia) Sdn. Bhd. ("TTMSB") mengumpul, merekod, menyimpan, menggunakan, dan menzahirkan ("memproses") Data Peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"), yang mengawal selia pemprosesan Data Peribadi dalam negara. Dengan pemberian Data Peribadi anda kepada TTMSB, anda bersetuju dengan terma-terma dalam Notis ini dan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang dihuraikan di sini. Untuk tujuan Notis ini, "Data Peribadi" akan mempunyai maksud yang diberikan kepadanya di bawah Akta tersebut.

  3. Skop Aplikasi
  4. Notis ini terpakai kepada individu-individu yang berurusan dengan TTMSB, termasuk tetapi tidak terhad kepada para pekerja TTMSB, para vendor, para pembekal perkhidmatan, para rakan niaga, para pelanggan, para pelawat, pihak luar yang memasuki premis atau melayari laman web TTMSB, pihak berkepentingan, para pemohon pekerjaan atau latihan amali, individu-individu yang berurusan dengan TTMSB sebelum ini tetapi tidak lagi mempunyai urusan aktif kini, dan pelbagai pihak luar lain seperti pengawal selia, pihak berkuasa rasmi serta agensi-agensi kerajaan.

  5. Jenis-Jenis Data Peribadi Yang Dikumpul
  6. Data Peribadi yang dikumpul oleh TTMSB melalui cetakan dan/atau platform digital mungkin merangkumi perkara berikut:

    1. butiran peribadi anda, seperti nama, maklumat pengarah-pengarah, maklumat pemegang-pemegang saham, nama syarikat, alamat surat-menyurat, alamat kediaman, nombor perhubungan, alamat e-mel, tarikh lahir, bangsa, jantina, status perkahwinan, nombor kad pengenalan, nombor pasport, kewarganegaraan, rekod perubatan, imej-imej dan biometrik;
    2. spesimen, tandatangan digital atau elektronik seperti yang diiktiraf di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa;
    3. maklumat perbankan anda seperti butiran akaun bank dan sejarah transaksi anda;
    4. maklumat kewangan seperti pendapatan anda, penyatakewangan, profil syarikat, struktur modal, pegangan saham serta penilaian kelayakan kredit;
    5. maklumat teknikal seperti alamat Protokol Internet (IP), jenis dan versi pelayar, penetapan zon waktu, jenis pemalam pelayar, sistem-sistem pengendalian dan platform, maklumat peranti, serta maklumat log masuk akaun;
    6. mesej-mesej, komen-komen, pertanyaan-pertanyaan, pandangan-pandangan, atau pendapat anda yang dimaklumkan kepada TTMSB melalui maklum balas atau tinjauan yang dijalankan atau platform media sosial yang dikendalikan oleh TTMSB;
    7. rekod-rekod prestasi anda seperti rekod-rekod kehadiran, data penilaian prestasi, rekod-rekod latihan, maklumat gaji, laporan aduan, dan rekod-rekod disiplin yang dikumpul oleh TTMSB melalui sistem dalaman TTMSB atau sebarang sistem yang dikendalikan oleh pihak ketiga yang dilantik dan/atau diberi kuasa oleh TTMSB;
    8. maklumat yang diperoleh daripada sumber-sumber luar yang sah, termasuk agensi-agensi pelaporan kredit dan rekod yang tersedia secara umum;
    9. maklumat yang dirakam oleh sistem-sistem keselamatan (termasuk rakaman suara, video, Kamera Litar Tertutup (CCTV), dan rakaman-rakaman keselamatan);
    10. gambar foto, video, dan rakaman-rakaman bunyi yang mungkin diambil apabila anda menghadiri acara yang dianjurkan oleh TTMSB atau semasa anda berada di premis TTMSB;
    11. sebarang butiran yang berkaitan dengan sesiapa yang mungkin dikenal pasti daripada sebarang maklumat, data atau dokumen yang anda serahkan kepada TTMSB; dan/atau
    12. sebarang maklumat peribadi lain yang anda berikan kepada TTMSB semasa urusan anda dengan TTMSB.

  7. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
  8. 4.1 Dengan memberikan sebarang Data Peribadi anda kepada TTMSB sama ada secara dalam talian atau sebaliknya, anda dengan ini bersetuju bahawa TTMSB akan memproses Data Peribadi tersebut bagi tujuan-tujuan berikut:

    1. bagi tujuan sumber manusia, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengambilan pekerja, pengurusan pekerjaan, pembangunan bakat, pengurusan dan pentadbiran gaji, pemprosesan faedah pekerja, berurusan dengan aduan, perkara-perkara berkenaan dengan disiplin serta pematuhan kepada keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan;
    2. bagi tujuan perakaunan, kewangan dan kawalan kredit, termasuk tetapi tidak terhad kepada penilaian kestabilan kewangan dan kelayakan kredit rakan-rakan niaga, pendaftaran yang berkaitan dan pemprosesan invois serta pembayaran;
    3. bagi tujuan meningkatkan pengalaman pengguna, menjawab pertanyaan, dan memastikan keselamatan serta kefungsian sistem digital TTMSB;
    4. bagi tujuan keselamatan, untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan premis, kakitangan, dan para pelawat TTMSB;
    5. bagi tujuan promosi, termasuk tetapi tidak terhad kepada memuat naik fotografi dan/atau video di laman web TTMSB atau platform media sosial;
    6. bagi tujuan perkongsian maklumat atau pendidikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkongsian polisi-polisi dan prosedur-prosedur TTMSB, garis-garis panduan, notis, buletin, infografik dan sebarang media yang dianggap sesuai oleh TTMSB;
    7. bagi tujuan mengawal selia, termasuk tetapi tidak terhad kepada pelaksanaan dokumen atau perjanjian yang berkaitan, selaras dengan polisi-polisi dalaman TTMSB, dan amalan terbaik industri;
    8. bagi tujuan berkenaan dengan penguatkuasaan hak-hak TTMSB berdasarkan kepada sebarang surat, perjanjian dan/atau dokumen termasuk untuk mendapatkan nasihat undang-undang dan kewangan, mengambil langkah-langkah pendahuluan atau memulakan sebarang tindakan undang-undang; dan/atau
    9. Bagi sebarang tujuan lain yang bersampingan atau berkaitan atau sebagai lanjutan kepada tujuan TTMSB,
    10. (secara kolektif dirujuk sebagai "Tujuan").

    4.2 TTMSB boleh menghubungi anda bagi Tujuan tersebut, sama ada melalui panggilan telefon, emel, perkhidmatan mesej ringkas, media sosial, pos atau dengan apa-apa bentuk komunikasi yang tersedia.

  9. Penzahiran Data Peribadi
  10. Anda selanjutnya bersetuju bahawa TTMSB boleh menzahirkan dan memindahkan Data Peribadi anda (sama ada di Malaysia atau di luar negara) kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada para ejen, para perunding, para peguam, para juruaudit, para kontraktor, para pembekal, para rakan kongsi, para rakan usahasama, para pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikatbersekutu, badan pengawalselia, pihak berkuasa kerajaan dan bukan kerajaan, kedutaan, badan-badan berkanun, institusiinstitusi kewangan, dan pihak lain yang mempunyai kewajipan kerahsiaan kepada TTMSB. Penzahiran dan pemindahan ini bergantung kepada keperluan operasi, pentadbiran, pembangunan TTMSB dan/atau pemenuhan kewajipan undang-undang, serta kepada organisasiyang menyediakan perkhidmatan seperti arkib, pengauditan, nasihat profesional, kutipan hutang, insurans, perbankan, penghantaran, pengambilan pekerja, dan perkhidmatan keselamatan, untuk memproses, menyimpan, atau memindahkan Data Peribadi bagi pihak TTMSB.

  11. Kesan Ketiadaan Peruntukan Data Peribadi
  12. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda gagal untuk mengemukakan kan Data Peribadi yang mencukupi atau memuaskan kepada TTMSB, permohonan atau permintaan anda untuk sebarang Tujuan tersebut boleh ditolak, akses anda kepada maklumat tertentu di laman web TTMSB mungkin akan dihadkan, atau TTMSB mungkin tidak dapat menawarkan pelbagai faedah, perkhidmatan, atau memenuhi kewajipan di bawah sebarang kontrak yang berpotensi atau sedia ada dengan anda pada tahap rangkaian yang penuh. Dalam kes sedemikian, sebarang hubungan sedia ada atau yang berpotensi antara TTMSB dan anda boleh ditamatkan dan tidak lagi berkuat kuasa dengan serta-merta.

  13. Penyimpanan dan Pengekalan Data Peribadi
  14. 7.1 Data Peribadi anda mungkin disimpan dalam salinan bercetak di pejabat TTMSB atau dalam server yang terletak di dalam atau luar Malaysia, yang dikendalikan oleh TTMSB atau pembekal perkhidmatannya, mengikut budi bicara tunggal TTMSB. Disebabkan kehadiran TTMSB di pelbagai rantau, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan atau disimpan di destinasi di luar bidang kuasa asal yang anda berikan Data Peribadi tersebut. Dalam kes sedemikian, TTMSB akan, sejauh pengetahuan dan kemampuannya, melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang sesuai mengikut undang-undang yang berkenaan untuk melindungi Data Peribadi anda semasa pemindahan tersebut.

    7.2 Sebarang Data Peribadi yang anda berikan akan disimpan oleh TTMSB selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, mematuhi keperluan undang-undang, peraturan-peraturan, dan perakaunan, atau untuk melindungi kepentingan sah TTMSB.

  15. Pengunaan Kuki
  16. Kuki yang digunakan di laman web hanya dikaitkan dengan pengguna tanpa nama dan peranti mereka dan tidak mengumpul Data Peribadi yang boleh mengenal pasti pengguna tertentu. Beberapa kuki tertentu digunakan oleh pihak ketiga untuk memberikan maklumat mengenai keberkesanan penglibatan dan promosi mereka kepada TTMSB. Kuki ini bersifat sementara dan digunakan hanya untuk meningkatkan kecekapan penghantaran. Pengguna mempunyai pilihan untuk mengkonfigurasi penyemak imbas mereka supaya dimaklumkanapabila kuki diterima dan untuk menyekat pemasangannya jika dikehendaki.

  17. Keselamatan Data Peribadi
  18. TTMSB menggunakan pelbagai mekanisme untuk melindungi keselamatan dan integriti Data Peribadi anda. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diperhatikan bahawa tiada penghantaran data melalui internet yang dapat dijamin selamat sepenuhnya. Walaupun TTMSB berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda, ia tidak dapat memastikan bahawa atau menjamin keselamatan sebarang data yang dihantar kepada TTMSB, dan anda melakukannya atas risiko anda sendiri. Setelah Data Peribadi anda berada dalam milikan TTMSB, langkah-langkah yang munasabah akan diambil untuk melindunginya daripada penyalahgunaan, kehilangan, akses tanpa izin, pengubahsuaian, atau penzahiran.

  19. Pemindahan Data Peribadi
  20. Memandangkan sifat operasi TTMSB yang berskala global, Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke syarikat-syarikat berkaitan atau pihak ketiga yang terletak di negara lain, termasuk negara yang mempunyai rejimperlindungan Data Peribadi yang berbeza daripada negara di mana anda berada. Sebarang Data Peribadi yang dipindahkan akan digunakan semata-mata untuk Tujuan tersebut.

  21. Hak-Hak Subjek Data
  22. Di bawah Akta tersebut, anda mempunyai hak-hak tertentu berkaitan dengan Data Peribadi anda yang dipegang oleh TTMSB. Hak-hak ini termasuk:

    1. hak untuk meminta akses kepada Data Peribadi anda yang dipegang oleh TTMSB;
    2. hak untuk membetulkan atau mengemas kini sebarang Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, atauketinggalan zaman;
    3. hak untuk menarik balik persetujuan anda bagi pemprosesan Data Peribadi anda, termasuk untuk tujuan pemasaran langsung, tertakluk kepada sekatan undang-undang yang berkenaan, syaratsyarat kontrak, dan dalam tempoh masa yang munasabah; dan
    4. hak untuk meminta salinan Data Peribadi anda dalam format yang boleh dipindahkan, tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan kesesuaian format data tersebut.

    Untuk melaksanakan hak-hak yang tersebut di atas, sila kemukakan permintaan anda secara bertulis ke alamat emel berikut:

    Perhatian : Pegawai Perlindungan Data
    Alamat Emel : pdp@toyotsu.com.my

    TTMSB berhak untuk mengenakan bayaran yang munasabah bagi pemprosesan sebarang permintaan akses data.

    Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarik balik persetujuan anda, TTMSB masih boleh meneruskan pemprosesan Data Peribadi anda dalam keadaan yang diiktiraf dan dibenarkan oleh undang-undang serta seperti yang diperlukan di bawah syarat-syarat kontrak.

  23. Perubahan Kepada Notis Perlindungan Data Peribadi
  24. TTMSB berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis ini dan Polisi Perlindungan Data Peribadi TTMSB dari semasa ke semasa, tanpa memberikan notis awal. TTMSB menasihatkan anda supaya memeriksa laman web TTMSB secara lazim bagi mendapatkan versi Notis yang terkini.

  25. Pengakuan dan Persetujuan
  26. Dengan berurusan, berkomunikasi, atau menggunakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan TTMSB, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma-terma Notis ini. Anda bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan, penzahiran dan pemindahan Data Peribadi anda kepada TTMSB seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

    Tambahan pula, dengan memberikan Data Peribadi anda kepada TTMSB, anda mengesahkan bahawa data tersebut adalah tepat, lengkap, dan tidak mengelirukan. Anda bersetuju untuk segera memaklumkan kepada TTMSB mengenai sebarang perubahan pada Data Peribadi anda untuk memastikan ia kekal tepat dan terkini.

    Dalam sesetengah kes, anda mungkin akan mengemukakan Data Peribadi yang berkaitan dengan individu-individu lain (seperti ahli keluarga, pihak ketiga, atau kanak-kanak). Anda memberi representasi dan waran bahawa anda telah diberi kuasa untuk berkongsi Data Peribadi mereka dengan TTMSB dan telah memperolehi persetujuan mereka untuk pemprosesan, penzahiran, dan pemindahan Data Peribadi mereka mengikut Notis ini.

  27. Vendor, Pembekal dan/atau Pembekal Perkhidmatan
  28. Sekiranya anda memproses Data Peribadi bagi pihak TTMSB sebagai vendor, pembekal dan/atau pembekal perkhidmatan, anda dikehendaki mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa anda mematuhi:

    1. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"); dan/atau
    2. sebarang undang-undang, peraturan-peraturan, peraturan-peraturan kecil, atau garis-garis panduan yang berkenaan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau tidak), seperti yang dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau bukan kerajaan, agensi-agensi, atau jabatan-jabatan.
    Sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap perkara di atas, anda dikehendaki untuk menanggung rugi TTMSB terhadap sebarang tindakan, tuntutan, permintaan, denda, saman, prosiding, pendakwaan, kerugian, ganti rugi, penalti, kos, dan perbelanjaan (termasuk kos guaman atas dasar peguamcara-klien) yang timbul atau berpunca daripada ketidakpatuhan tersebut.

  29. Pertanyaan dan Aduan
  30. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai Data Peribadi yang disimpan oleh TTMSB atau bagaimana maklumat anda dikumpul atau digunakan, dan jika pertanyaan anda tidak terjawab dalam Notis ini, sila hubungi TTMSB di

    Perhatian : Pegawai Perlindungan Data
    Alamat Emel : pdp@toyotsu.com.my

Notices

  • Fraudulent E-mails / Calls
  • Privacy Statement
  • Kenyataan Privasi